#KitaSapotKita: Bantuan Peniaga Kecil Dan Golongan Terjejas

Dalam perjalanan kempen kami ini, kami sempat berbual dengan seorang peniaga kecil yang terjejas pendapatan.
"Selalu dapat berapa
kak sehari?"
"Kadang-kadang dapat RM80, kadang-kadang 120, kalau hujan. Susun-susun, (terus) balik."
Dan kami memberitahu bahawa kami mahu memborong keseluruhan bahan makanan yang dijual oleh Mak Cik pada hari ini.
Dalam nada sebak dan terharu, makcik ini sempat menitipkan
doa,
"Semoga Allah selamatkan ke mana jua adik pergi, dimurahkan
rezeki, diberikan kesihatan yang baik, semua yang bertugas, Ya Allah
Yang membantu ketika Acik keadaan yang susah ini. Amin … Amin … Amin"
Ramai peniaga kecil yang terjejas sewaktu PKP dan PKPD yang sedang dijalankan ketika ini.
Mereka balik ke rumah kadang hanya pendapatan yang cukup seperti "Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang. Bahkan yang balik dengan tangan yang kosong pun ada.
Mereka juga mempunyai anak, isteri dan keluarga yang perlu disara di rumah.
Bagaimana Bantuan Akan Disalurkan?
Bantuan dua dalam satu. Bantu asnaf dalam mencari pendapatan dan edarkan kepada mereka yang memerlukan.
SASARAN KAMI
RM60,000 BUAT SEMUA GOLONGAN TERJEJAS DENGAN PANDEMIK INI
RM50 / PEK BANTUAN
Oleh itu, Persatuan Belia Prihatin mengajak tuan/puan untuk hulurkan sumbangan ke Tabung #KitaSupportKita untuk saudara kita yang terjejas.
ANDA BANTU, KAMI TOLONG SAMPAIKAN
Mudah-Mudahan Allah Melapangkan Rezeki Dan Mengurniakan Kesenangan Di Dunia Dan Akhirat. Amin..
SHAARIE : 013-4143507
AFIF : 018-9199153