Akaun beliaprihatin.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

DENGAN SERENDAH RM30, JOM GANDAKAN SAHAM AKHIRAT

DENGAN SERENDAH RM30, JOM GANDAKAN SAHAM AKHIRAT

Ramadan yang ditunggu-tunggu kini telah tiba!

Ia adalah bulan penuh kasih sayang, pengampunan daripada Allah SWT bahkan bulan pelepasan daripada api neraka. Ramadan merupakan bulan khas yang terkumpul segala kebaikan dunia dan akhirat.

Berdepan dengan kegelisahan wabak yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini, beruntung bagi orang Islam kerana Allah menghadirkan Ramadan sebagai penenang dalam menghadapi musibah ini.

Pada sisi lain, sedih mengenang nasib insan yang kurang bernasib baik yang tidak tahu apakah juadah berbuka mereka nanti. Menambah rasa terharu dan sebak apabila sebahagian daripada mereka menyatakan bahawa mereka kini sudah hilang pendapatan bahkan ada yang tidak mampu untuk membayar tempat tinggal untuk berteduh setiap malam.



Oleh sebab itu, Persatuan Belia Prihatin, ingin mengajak anda untuk sama-sama membantu golongan yang terjejas, saban hari makin bertambah melalui Dana Sumbangan Terangi Ramadan. Tabung ini bakal menggembirakan ramai insan yang bakal mendoakan kesejahteraan anda khususnya di Ramadan yang mulia ini.

Mereka ini adalah terdiri daripada,

  1. Gelandangan
  2. Golongan Asnaf
  3. Mereka yang terjejas dengan Covid-19


Daripada Ibnu Abbas R.A, beliau berkata,

كَانَ النَّبِىُّ  صلى الله عليه وسلم  أَجْوَدَ النَّاسِ ، وَأَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِى رَمَضَانَ ، حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ ، وَكَانَ جِبْرِيلُ  عَلَيْهِ السَّلاَمُ  يَلْقَاهُ فِى كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ  صلى الله عليه وسلم  أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ

“Nabi SAW adalah orang yang paling gemar bersedekah. Semangat baginda dalam bersedekah lebih membara lagi ketika bulan Ramadan. Ketika itu Jibril menemui baginda, Jibril menemui baginda setiap malam di bulan Ramadan. Jibril mengajarkan Al-Quran ketika itu. Dan Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam adalah yang paling semangat dalam melakukan kebaikan bagai angin yang bertiup.” 
(HR Bukhari & Muslim)



 SASARAN 

Melalui Dana Sumbangan Terangi Ramadan, kami menyasarkan untuk mengumpul dana sebanyak RM45,000 bagi memberi sumbangan termasuk;

Kit Iftar (RM10/Kit) x 3,000 kit
Kit Bahagia (RM250/Kit) x 60 kit
 



Mudah-mudahan kita mendoakan Ramadan ini menjadi Ramadan yang terbaik dalam catatan amal kehidupan kita dan dapat kita optimumkan ruang dan peluang untuk memperbanyakkan amal dalam kekangan perintah kawalan pergerakan ini.



Berikut adalah pakej SUMBANGAN TERANGI RAMADAN yang ditawarkan :

 

 PAKEJ SIDDIQ : Sumbangan Terangi Ramadan RM300

 PAKEJ TAQWA :  Sumbangan Terangi Ramadan RM100

 PAKEJ NAIM:  Sumbangan Terangi Ramadan RM50

 PAKEJ SALAM : Sumbangan Terangi Ramadan RM30




Untuk Sumbangan Secara Terus Boleh Bank Transfer / CD - Online Transfer/CDM Melalui Akaun Di Bawah 


Bank : Maybank
Nama : Persatuan Belia Prihatin
No Akaun :  5628 3461 7256

Letakkan Reference/Remark : "Kit Ramadan"  bagi memudahkan kami semak transaksi sumbangan.



Untuk maklumat lanjut #TerangiRamadan , boleh hubungi,

SHAARIE : 013-4143507

AFIF : 018-9199153


"Hulur Sumbangan, Terangi Ramadan"



Pemberitahuan: 

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, dalam statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD selepas pembayaran dibuat. Toyyibpay merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.