BANTUAN KILAT KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI IPOH

Ingat tak nak buat rumah dah, cukuplah setakat ini kan, nak sembahyang, nak mengaji, cukuplah apa yang ada boleh makan, tapi nak buat macam mana kuasa ALLAH kan.
Mak Cik menyambung lagi,
“Kalau boleh, kami nak duduk balik rumah ini, tak nak duduk mana-mana dah”
Begitulah luahan salah seorang mangsa kepada kebakaran yang berlaku di Pasir Puteh, Perak.
Inilah yang berlaku kepada Pak Cik Md Said dan isterinya apabila kami bertanya apa perasaan mereka apabila ujian ini menimpa mereka. Lebih menyentuh emosi, mereka sudah tinggal di sini hampir 20 tahun lamanya.
Banyak kenangan bersama anak-anak tersimpan dalam rumah ini. Namun takdir Allah mengatasi segala-galanya dan mereka pasrah.
AYUH BANTU MEREKA!
Besar harapan mereka untuk kembali tinggal di rumah ini. Apa yang berlaku jika rumah ini tidak dibaiki?
❌Rumah ini telah hancur musnah ditelan api, tambah-tambah musim hujan, sudah pasti rumah itu akan sentiasa BASAH ditenggelami air hujan.
❌Kebakaran ini juga telah mengakibatkan alatan menjual untuk gerai makanan kecil-kecilan, punca utama pendapatan mereka, musnah sepenuhnya ditelan api.
❌Bukan itu sahaja, bayangkan hampir 7 rak yang menyimpan barang-barang penting rosak dan hancur akibat kejadian menyedihkan ini.
[Kotak putih menunjukkan kerosakan rumah yang berlaku]
SETIAP HARI MEREKA HADIR UNTUK MEMBERSIHKAN
RUMAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT
JOM TOLONG SAUDARA KITA!
WALAU JAUH, INI BUKAN PEMISAH KITA.
✅Inilah masanya kita bantu saudara sesama Muslim.
✅Kita amat beruntung sebab Allah tak uji kita dengan ujian seberat itu sepertimana pasangan ini.
✅Kita bersyukur sebab kita termasuk dalam golongan yang Allah SWT jentik hati kita untuk bantu pasangan suami isteri ini.
✅Jom kita ukir senyuman mereka kembali dengan membantu, berikan sedikit pertolongan bina sedikit demi sedikit rumah mereka.
Ya Allah, kurniakanlah kebaikan dan perlindungan kepada rumah kami, anak-anak kami, dan seluruh urusan dunia dan akhirat kami.
Allahumma amin.
SHAARIE : 011-58507449
AFIF : 018-9199153
Sebahagian daripada hasil sumbangan akan disalurkan bagi tujuan aktiviti-aktiviti pengurusan dan operasi pihak Persatuan Belia Prihatin.